Wednesday 30 March 2011

Cara Binatang Gurun Mengatasi Suhu Panas




1. Unta Dromedari

Dromedari, ahli suku unta, sanggup menahan perubahan suhu badan yang lebih besar daripada kebanyakan binatang berdarah panas lain. Suhu tubuhnya dapat berkisar antara 34-41 derajat C.

Kerana suhunya turun sangat drastik pada malam hari, unta tersebut tetap merasa sejuk untuk jangka masa yang lebih lama pada siang hari berikutnya. Dengan demikian, wap air yang hilang melalui keringat unta hanya sedikit.


2. Cicak/Kada gurun


Selama siang hari, kadal gurun menggali lubang dengan kakinya yang berjumbai. Lubang di bawah permukaan relatif sejuk. Penutup di atas mata dan lubang hidungnya menahan butir-butir pasir.


3. Kalajengking

Pada siang hari, beberapa kalajengking masuk ke dalam lubang agar tetap dingin dan muncul untuk memburu setelah matahari terbenam.





4. Celepuk Kaktus/burung hantu gurun

Di barat daya Amerika Syarikat, celepuk kaktus yang kecil bersarang di kaktus Saguaro atau pohon gurun pada siang hari dan keluar terbang tinggi untuk memburu serangga dan larva serangga dalam lindungan kegelapan.


5. Rubah Fennec





Rubah Fennec kecil Afrika Utara menunggu datangnya senja di bawah naungan batu. Telinga sepanjang 15 cm itu membantu menyejukkan badan dengan membuat permukaan luas untuk menyebarkan panas.


6. Jerboa


Jerboa Afrika Utara tidur di lubangnya selama siang hari. Binatang ini tidak minum air kerana ia boleh memproses sedikit air yang diperlukan dari biji-bijian yang dikumpulkannya.


7. Tikus Kangguru


Tikus kangguru berekor cemeti terdapat di gurun Amerika Utara. Hidupnya dalam lubang bawah tanah yang dalam.
Tikus ini dapat melompat seperti kangguru dan menggunakan ekornya untuk keseimbangan. Binatang ini menjadi giat pada malam hari ketika gurun menjadi sejuk.
Tikus ini tidak minum air kerana memperoleh air yang diperlukan dari biji-bijian.


8. Adaks




Adaks adalah antelope besar Afrika Utara yang pada saat dewasa dapat mencapai berat 135 kg.
Seperti penghuni gurun yang lain, termasuk beberapa jenis antelope lain, adaks memperoleh air dari tumbuhan.
Dengan meragut pada pagi atau sore hari, antelope ini boleh hidup berminggu-minggu tanpa minum.


9. Kura-kura Darat



Kura-kura darat membawa air di dalam cadangan di bawah cangkangnya. Reptilia sangat sesuai dengan iklim gurun.
Binatang ini memperoleh sebahagian besar airnya melalui makanan dan hampir tidak melepaskan air sedikit pun melalui kulit.
Seperti halnya tikus kangguru, reptilia mampu mengeluarkan sisa makanannya dalam bentuk sangat pekat dengan cecair sedikit sahaja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Me

My photo
Is All about Whole the world!!

Klik jerk